Saturday, April 27, 2013
Nota Ayat Quran dan Fadhilat/Kebaikannya
Tertulis fadhilat ayat2 quran di blog ini
http://aura-hikmah.blogspot.com/2011/09/ayat-syifa-khasiat-ayat-ayat-al-quran.html
Link ke Web Doa Syifa
Ini adalah link ke website tuan guru harun din
http://www.darussyifa.org/Asas10Pertama_Iss1.php
Saya kena amalkan agar saya tak kena penyakit.. In shaa Allah
http://www.darussyifa.org/Asas10Pertama_Iss1.php
Saya kena amalkan agar saya tak kena penyakit.. In shaa Allah
Thursday, April 25, 2013
Info MAJALAH RAPI : Santan Bantu cegah Anemia
(entri disalin daripada MAJALAH RAPI)
Kekurangan zat besi membuatkan tubuh gagal menghasilkan hemoglobin yag cukup untuk menjaga kadar oksigen dalam sel darah merah. Akibatnya, ia boleh membawa kepada anemia. Untuk itu, masukkan santan dalam menu harian anda. Dikatakan setiap satu cawan (240g) santan mengandungi hampir 1/4 daripada keperluan zat besi harian.
Kekurangan zat besi membuatkan tubuh gagal menghasilkan hemoglobin yag cukup untuk menjaga kadar oksigen dalam sel darah merah. Akibatnya, ia boleh membawa kepada anemia. Untuk itu, masukkan santan dalam menu harian anda. Dikatakan setiap satu cawan (240g) santan mengandungi hampir 1/4 daripada keperluan zat besi harian.
Tuesday, April 23, 2013
Kenyataan nye
Tengok balik entri aku yang lepas, hehehehe.. ikut jadual aku dah kena sampai rumah dah. Tapi disebabkan aku penat nak drive, aku rehat la dulu kat ofis sambil tunggu masa Maghrib baru gerak balik. Huhuhu .. realiti nya aku tak boleh stick to rutin.... Rutin is boring.
TAPI
Apa-apa pun aku kena buat juga. Kerana aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang wanita, ibu, isteri dan menantu. jadi nak tak nak kena buat jugak. Cuma minggu ni aku terikat dengan aktiviti kat ofis, maka agak letih buat aku. Jadi minggu ni aku tak start buat lagi laa jadual tu.... In shaa Allah aku akan mempraktikkannya minggu depan. Doakan lah.
So harini apa aku nak buat?
Balik ni kena jahit manik-manik kat seluar. Untuk show dinner persatuan Mmmmm tido lambat lagi malam ni.
Hidup ni pelik. Dulu aku tak laa nak sangat berumahtangga, tapi jodoh di tangan Tuhan. Jodoh aku sampai juga. Namun, terkadang pikir.... Apa yang aku buat ni? aku tak sesuai jadi isteri orang. Sebab pemalas tahap DEWA. Namun, berkenan jugak lelaki itu kepada ku. Entah lah. Dia yang pelik ke aku yang pelik???
Tapi TO ALL THE SINGLE GIRLS out there.... don't despair, don't give up. Life is just as beautiful as it is even when you are single. Tapi jangan lupakan doa untuk dapatkan jodoh....
I pulak teringin single... kihkihkihkih.....
Monday, April 22, 2013
Boleh tak...
Boleh tak Aku buat jadual begini??
Apa pendapat anda di luar sana?
MASA
/ BENCHMARK
|
TEMPOH
|
KEJA
|
0530 / SEBELUM SUBUH
|
7 MINIT
|
KEMAS BILIK
|
0545 / SEBELUM SUBUH
|
7 MINIT
|
BASUH KAIN BAJU IMAN
|
0600 / SEBELUM SUBUH
|
7 MINIT
|
KEMAS RUANG TAMU
|
0630 / SELEPAS SUBUH
|
7 MINIT
|
SEDIAKAN SARAPAN
|
BALIK KEJA
|
BERMANJA DENGAN IMAN DULU
|
|
SEKITAR 1900 / BALIK KEJA
|
7 MINIT
|
SAPU BAHAGIAN RUANG LEGAR LUAR RUMAH /
KEMAS KASUT
|
SEKITAR 1910
|
7 MINIT
|
SEDIAKAN MAKAN MALAM
|
TUNGGU PAPA BALIK
|
||
2000 / MAGHRIB
|
||
2015 / SELEPAS MARGHRIB
|
7 MINIT
|
NGAJI QURAN
|
ISYAK
|
||
LEPAS ISYAK
|
MAIN DENGAN IMAN
|
|
2145/ SEBELUM TIDURKAN IMAN
|
7 MINIT
|
KEMAS DAPUR
|
IMAN DAH TIDUR
|
||
2200/ SELEPAS IMAN TIDUR
|
7 MINIT
|
UPDATE BLOG / FB
|
TIDUR
SEBELUM KUL 0100
|
||
Apa pendapat anda di luar sana?
LOst...
At home >>>> Laundry, house cleaning, dish washing, cooking, and so on.... I wish I could do it all.
At work >>> ................ I wish I could something...
Oh man, where's the pleasure of work??? I adore the hectic life of lot of work at workplace. What should I focus on now?
I'm totally lost.
Blank......
At work >>> ................ I wish I could something...
Oh man, where's the pleasure of work??? I adore the hectic life of lot of work at workplace. What should I focus on now?
I'm totally lost.
Blank......
Tuesday, April 9, 2013
Darah Haid (Copy Paste)
(Entry in di-copy dari blog http://fiqh-am.blogspot.com/2009/06/darah-haid.html ) sila rujuk ye
Darah Haid
Darah yang keluar melalui kemaluan wanita ada tiga jenis, iaitu;
1. Darah Haid
2. Darah Nifas
3. Darah Istihadhah
Pembahagian di atas telah menjadi ijmak ulamak (Lihat; Bidayatul Mujtahid, 1/69).
Apa yang dimaksudkan dengan darah haid?
Haid dari segi bahasa bermakna mengalir.
Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.[1]
Apakah syarat-syarat darah haid?
Syarat-syarat darah haid ialah;
1. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.
2. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.
3. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).
4. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.
5. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.
6. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.
Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid tetapi darah istihadhah.
Apakah warna darah haid?
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh
Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).
Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.
Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid?
Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)
Berapakah umur kemungkinan datangnya haid?
Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah penyakit (istihadhah).
Sebahagian ulamak mazhab Maliki berpendapat; jika darah keluar dari kanak-kanak perempuan antara umur 9 hingga 13 tahun, hendaklah keadaannya ditanya kepada kaum wanita atau doktor yang berpengalaman. Jika mereka mengesahkan bahawa yang keluar adalah haid, maka darah itu adalah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid.
Wanita yang kedatangan haid –jika umurnya telah genap sembilan tahun mengikut pandangan jumhur tadi-, ia dianggap telah baligh dan dituntut melaksanakan kewajipan-kewajipan Syarak. Ia sama seperti kanak-kanak lelaki yang baligh kerana mimpi hingga keluar mani. Bagi kanak-kanak yang tidak bermimpi atau datang haid, umur balighnya ialah 15 tahun, yakni apabila masuk umur 15 tahun, maka mereka dikira baligh sekalipun tidak datang haid atau tidak berlaku mimpi tersebut.
Berapakah umur putusnya haid?
Menurut mazhab Syafi’ie; tidak ada umur tetap bagi putusnya haid. Ia hendaklah dikiaskan kepada ahli-ahli keluarga terdekat bagi seorang wanita dari pihak bapa dan juga pihak ibu seperti ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu-ibu saudara sebelah ibu. Hal tersebut kerana faktor keturunan. Namun jika perlu untuk dilihat kepada faktor umur, maka Imam Syafi’ie menganggarkan bahawa umur putus haid ialah selepas 62 tahun kerana ia adalah umur kebiasaannya wanita putus haid.
Mazhab Imam Abu Hanifah menetapkan umur putus haid sebagai 55 tahun. Selepas umur tersebut, darah yang keluar tidak lagi dinamakan haid mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab.
Menurut mazhab Maliki pula, umur putus haid dari 50 hingga 70 tahun. Jika darah masih keluar selepas umur 70 tahun, maka ia bukan haid tetapi istihadhah.
Mazhab Imam Ahmad pula menetapkan umur putus haid antara 50 hingga 60 tahun.antara dua tempoh ini merupakah tempoh syak di mana jika seorang wanita melihat darah semasa tempoh ini, maka ia tidak boleh berhenti dari ibadah sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan keluar dari khilaf. Namun jika umurnya genap 60 tahun dan darah masih keluar, maka darah yang dilihatnya bukan darah haid, tetapi istihadhah.
Apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang telah putus haidnya?
Wanita yang telah putus haid, ia hendaklah bertindak sebagai perempuan yang suci sepanjang masa sama ada dari segi ibadah atau hukum-hakam yang lain. Dalam masalah eddah pula, ia hendaklah bereddah mengikut bulan, bukan mengikut bilangan haid atau bilangan suci lagi. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Talaq, ayat 4.
Adakah perempuan mengandung ada kemungkinan datang haid?
Para ulamak berikhtilaf dalam masalah ini;
Menurut jumhur ulamak; perempuan mengandung tidak ada kemungkinan datangnya haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengangdung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah penyakit.
Namun menurut Imam Syafi’ie, Malik dan al-Laits; perempuan mengandung ada kemungkinan datangnya haid. Menurut mereka; jika perempuan yang mengandung itu mendapati darah keluar dari farajnya dan keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haidnya serta kelihatan ciri haid pada darah tersebut, maka darah itu adalah darah haid.
Berapa lamakah tempoh paling singkat berlakunya haid dan berapa pula tempoh paling panjang atau paling lama?
Dalam menentukan tempoh paling singkat dan tempoh paling panjang bagi haid, para ulamak berbeza pandangan;
1. Menurut Imam Syafi’ie, Atha dan Abu Thur; tempoh haid yang paling singkat ialah sehari semalam (yakni 24 jam) secara berterusan.[2] Tempoh kebiasaan wanita kedatangan haid ialah selama enam atau tujuh hari. Adapun tempoh paling panjang bagi haid ialah lima belas hari. Maka berdasarkan pandangan ini; jika darah yang datang kurang dari sehari semalam atau melebihi lima belas hari, maka ia bukan darah haid tetapi darah penyakit atau istihadhah.
2. Bagi Imam Abu Hanifah dan as-Sauri pula; tempoh haid paling singkat ialah tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.
3. Mengikut Imam Malik pula, tidak ada batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, yakni ada kemungkinan haid datang sedetik sahaja. Adapun tempoh paling panjang, terdapat tiga riwayat dari beliau iaitu; 15 hari, 17 hari atau tiada batasan.
4. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haid dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haid baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari. Begitu juga tidak ada had bagi umur paling bawah untuk kedatangan haid dan juga umur paling lama/paling hujung. Sama juga, tidak ada had bagi sekurang-kurang masa suci antara dua haid. Menurut beliau lagi; bagi perempuan yang mula-mula kedatangan haid (مبتدأة), maka dikira/dihitung sebagai haid darah yang ia lihat selagi ia tidak menjadi mustahadhah (yakni perempuan yang kedatangan istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya). Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.
Suci di antara hari-hari kebiasaan haid; adakah dianggap haid atau tidak?
Dalam persoalan ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;
a) Mazhab Syafi’ie dan Abu Hanifah berpendapat; suci yang berlaku pada hari-hari haid dikira sebagai haid. Oleh demikian, jika seorang wanita mendapati satu hari keluar darah dan satu hari berikutnya suci (di mana ia mengetahui suci itu sama ada dengan keringnya darah atau dengan ia meletakkan kapas dan tiada kesan darah haid pada kapas), kemudian hari berikutnya datang semula darah, maka menurut pandangan ini keseluruhan hari adalah haid.
Berkata Imam Khatib as-Syirbini dalam al-Iqna’; “Suci antara darah-darah sama ada dalam tempoh minima haid (iaitu sehari semalam) atau lebih adalah dikira haid kerana mengikutinya (yakni mengikuti haid), tetapi dengan beberapa syarat, iaitu;
a) Tempoh suci itu tidak melebihi 15 hari.[3]
b) Darah-darah haid (yang keluar secara keseluruhannya) tidak kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam.
c) Suci itu hendaklah dikelilingi antara dua darah haid”.
b) Mazhab Maliki dan Hanbali pula berpandangan; hari suci antara hari-hari kebiasaan haid adalah dikira suci. Oleh demikian, seorang wanita pada hari suci tersebut hendaklah mandi dan menunaikan solat, harus ia berpuasa, beriktikaf, membaca al-Quran dan tidak ditegah suaminya mensetubuhinya pada hari suci itu.
Apakah larangan-larangan Syarak ke atas wanita yang kedatangan haid?
Wanita kedatangan haid dilarang/diharamkan oleh Syarak untuk melakukan perkara-perkara berikut;
a) Mengerjakan solat
b) Melakukan tawaf
c) Menyentuh mushaf dan membawanya
d) Membaca al-Quran
e) Berhenti atau menetap di dalam masjid (termasuk beriktikaf)
f) Melintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid
g) Berpuasa
h) Bersetubuh dengan suami
i) Dijatuhkan talak ke atasnya
(*Untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci sila baca dalam Bab Hadas yang dikemukakan sebelum ini)
Semua larangan di atas tidak terangkat kecuali setelah mandi wajib melainkan tiga larangan sahaja iaitu; puasa, talak dan melintasi masjid di mana ketiga-tiga larangan ini terangkat sebaik sahaja kering darah haid atau nifas, iaitu tidak disyaratkan selepas mandi barulah perkara-perkara tersebut harus dilakukan.
Bilakah wanita haid dibolehkan mandi wajib?
Bila ia mendapati darah haidnya telah habis, yakni telah kering. Sabda Nabi s.a.w. dalam hadis ‘Aisyah r.a. (mengikut satu riwayat darinya); “Apabila haid kamu telah habis, maka mandilah dan tunaikanlah solat”.
Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?
Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.
Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).
Nota Hujung;
[1] Takrif ini adalah hasil gabungan pelbagai takrif ulamak. Lihat; al-Haidh wa an-Nifas wa Ahkami at-Taharah Lin-Nisa’, Ibrahim Muhammad Jamal, hlm. 18-19.
[2] Tidak disyaratkan berterusan itu dengan darah kelihatan mengalir keluar. Memadai dengan diketahui bahawa darah itu ada iaitu sekira-kira jika diletakkan kapas atau kain, akan terlihatlah kesan darah padanya.
[3] Jika seorang wanita mu’tadah melihat darah berwarna hitam selama lima hari, kemudian ia suci 15 hari, kemudian ia lihat selepas itu darah kuning selama lima hari pula, maka darah kuning itu adalah haid. Adapun tempoh 15 hari di antara darah hitam dan darah kuning itu dikira sebagai tempoh suci yang sempurna. (Ahkam at-Taharah, hlm. 67)
Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas.
[Disalin dari page http://www.hafizfirdaus.com/ebook/DarahWanita/empat.htm] . Sila rujuk ye
Oleh: Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin
al-Firdaus.Com
4
Hukum-Hukum Haid
Terdapat beberapa hukum yang wajib ke atas wanita ketika sedang haid. Berikut
dikemukakan sebahagian daripadanya yang terpenting:
Pertama:
Solat.
Diharamkan solat ke atas wanita yang sedang haid, sama ada solat sunat mahupun
solat fardhu. Bahkan tidak sah jika dia tetap melaksanakannya.
Namun
terdapat satu pengecualian, iaitu apabila dia sempat memperoleh satu rakaat
solat fardhu dalam waktunya, sama ada di awal waktu atau akhir waktu, maka
wajib ke atasnya untuk melaksanakan solat fardhu tersebut.
Contoh:
Memperoleh satu rakaat di awal waktu.
Seorang
wanita didatangi haid selepas masuk waktu Maghrib. Akan tetapi antara saat masuk
waktu Maghrib dan saat dia didatangi haid, wujud satu tempoh masa yang, paling
minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat Maghrib.
Maka
wajib baginya mengqadha solat Maghrib tersebut apabila suci. Ini kerana pada
asalnya dia dikira sempat mendapat satu rakaat daripada solat Maghrib tersebut
sebelum datang haid.
Contoh:
Memperoleh satu rakaat di akhir waktu.
Seorang
wanita suci daripada haid sebelum terbit matahari. Akan tetapi antara saat dia
suci dan saat terbit matahari wujud satu tempoh masa yang, paling minima, sempat
untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat Subuh.
Maka
wajib baginya mengqadha solat Subuh tersebut apabila dia selesai bersuci (mandi
wajib). Ini kerana pada asalnya dia dikira sempat mendapat satu rakaat daripada
solat Subuh tersebut apabila tamat haidnya.
Jika
tempoh masa yang wujud di awal waktu bagi wanita yang didatangi haid atau di
akhir waktu bagi wanita yang tamat haid adalah terlalu singkat sehingga tidak
mungkin melaksanakan minima satu rakaat solat, maka tidak wajib untuk baginya
melaksanakan solat tersebut.
Dalil
bagi seluruh hukum ini ialah sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:
“Sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka sesungguhnya ia telah
mendapat solat.”
[Shahih
al-Bukhari – no: 580 (Kitab waktu-waktu solat) dan Shahih Muslim –
no: 607 (Kitab al-Masjid)]
Apabila
seorang wanita tamat haidnya dan sudah bersuci lalu dia berjaya memperoleh satu
tempoh masa dalam waktu Asar, adakah wajib baginya untuk melaksanakan kedua-dua
solat Zohor dan Asarnya (jamak takhir)? Atau sesudah bersuci dia
berjaya memperoleh satu tempoh masa dalam waktu Isyak, adakah wajib baginya
untuk melaksanakan kedua-dua solat Maghrib dan Isyak (jamak takhir)?
Terdapat perselisihan pendapat dalam persoalan ini. Namun yang benar dia hanya
wajib melaksanakan solat yang berada dalam waktu tersebut sahaja. Iaitu solat
Asar dalam waktu Asar (tanpa menjamak solat Zohor), solat Isyak dalam waktu
Isyak (tanpa menjamak solat Maghrib).
Dalilnya adalah sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:
“Apabila seseorang kamu memperoleh satu sujud daripada solat Asar sebelum
terbenam matahari, maka hendaklah dia menyempurnakan solatnya.”
[Shahih
al-Bukhari – no: 556 (Kitab waktu-waktu solat)]
Dalam
hadis di atas Rasulullah tidak berkata:
“Maka sesungguhnya dia telah mendapat solat Zuhur dan Asar”
atau:
“Wajib solat Zuhur ke atasnya.”
Pendapat ini juga diperkuatkan oleh sebuah kaedah usul yang menyebut:
Pada
asalnya tidak ada hukum yang ditanggung
(oleh manusia kecuali yang dipertanggungkan oleh syara’).
(oleh manusia kecuali yang dipertanggungkan oleh syara’).
Pendapat ini merupakan mazhab Abu Hanifah dan Malik sebagaimana yang disebut
oleh Imam al-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya Majmu’ Syarh
al-Muhazzab.
Kedua:
Berzikir dan Membaca al-Qur’an.
Wanita
yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah),
bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika
makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama),
berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan a-Qur’an.
Jelas
di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim serta
kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam
bersandar di riba ‘A’isyah radhiallahu 'anha sambil membaca al-Qur’an
padahal ‘A’isyah di saat itu sedang haid.
Di
dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Umm ‘Athiah
radhiallahu 'anha berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam
pernah bersabda menyuruh keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di
dalam rumah kepada solat dua hari raya (Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari
Raya Aidil Adha) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang
mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat
Hari Raya).[1]
Juga
diharuskan bagi wanita yang sedang haid untuk membaca al-Qur’an dengan cara
melihat dengan mata atau menghayatinya dalam hati tanpa menutur dengan lidah.
Boleh juga meletak mushaf al-Qur’an di hadapannya lalu melihat ayat-ayatnya dan
membacanya dengan hati. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah dalam
Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
Hal ini diharuskan tanpa perselisihan pendapat.
Adapun
membaca dengan lidah bagi wanita yang sedang haid, maka terdapat perbezaan
pendapat. Jumhur ilmuan berpendapat ianya dilarang. Imam al-Bukhari, Ibn Jarir
al-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat ia diharuskan. Demikian juga oleh Imam
Malik dan Imam al-Syafi’e dalam pendapatnya yang lama. Ini sebagaimana yang
disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari. Imam
al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada Imam Ibrahim al-Nakha’e (seorang
tokoh tabi‘in) bahawa:
“Tidak mengapa jika dibaca hanya satu ayat.”
Syaikh
al-Islam Ibn Taimiyyah membahas persoalan ini dalam kitabnya Majmu’
al-Fatawa, jld. 26, ms. 191 :
Sejak asal tidak ada larangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid)
membaca al-Qur’an. Hadis: “Wanita haid tidak boleh membaca sesuatu daripada
al-Qur’an” adalah hadis yang lemah (dha‘if) yang disepakati oleh para
ahli hadis.
Lebih dari itu, diketahui wanita-wanita di zaman Nabi shalallahu 'alaihi
wasallam sedia mengalami haid. Maka jika haram ke atas mereka untuk membaca
al-Qur’an sepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya ia
diterangkan oleh Nabi kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda.
Hal ini kemudiannya akan tersebar kepada manusia.
Namun tidak seorang jua yang meriwayatkan pengharaman seumpama daripada Nabi.
Maka tidak boleh menghukum ia sebagai haram sedangkan baginda Nabi sendiri tidak
pernah mengharamkannya. Justeru apabila Nabi tidak menegah daripada demikian
padahal ramai wanita yang haid di zamannya, bererti diketahui bahawa tidaklah
haram bagi wanita haid membaca al-Qur’an.
Di
antara perselisihan pendapat ini, yang lebih utama ialah wanita yang sedang haid
tidak membaca al-Qur’an dengan lidahnya melainkan jika perlu, seperti guru yang
mengajar al-Qur’an, murid yang menduduki peperiksaan dan sebagainya.
Ketiga:
Puasa.
Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berpuasa, sama ada puasa sunat
mahupun puasa fardhu. Jika dia tetap berpuasa maka tidak sah puasanya.
Akan
tetapi dia wajib mengqadha puasa fardhunya berdasarkan kenyataan ‘A’isyah
radhiallahu 'anha:
“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh
Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.”
[Shahih
Muslim – no: 335 (Kitab al-Haid)]
Berikut
beberapa permasalahan khusus antara puasa dan wanita yang haid:
- Apabila seorang wanita sedang berpuasa lalu dia didatangi haid, maka puasanya menjadi batal sekalipun waktu berbuka (waktu Maghrib) sudah sangat hampir. Dia wajib mengqadha puasa tersebut jika ia adalah puasa fardhu.
- Apabila seorang wanita sedang berpuasa lalu dia merasa akan didatangi haid sebelum waktu berbuka (waktu Maghrib), maka teruskan menyempurnakan puasanya itu. Menurut pendapat yang benar,[2] puasanya tidak batal kerana sesungguhnya darah masih berada di dalam badan dan tidak ada hukum baginya (selagi ia tidak mengalir keluar).
Ini
sebagaimana kes seorang wanita yang bermimpi seperti seorang lelaki lalu datang
menemui Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bertanya, adakah dia
perlu mandi wajib? Baginda menjawab: “Ya, jika dia melihat ada air (mani
yang mengalir keluar).”
Dalam
hadis di atas Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menghubungkan hukum
mandi wajib dengan kewujudan air mani dan bukan masa. Maka demikianlah juga
dengan haid, dilaksanakan hukum-hukumnya berdasarkan keluarnya haid, bukan
berdasarkan masanya.[3]
- Apabila seorang wanita didatangi haid hanya sekadar tempoh masa yang pendek selepas terbitnya fajar (masuk waktu Subuh), maka puasanya tetap tidak sah.
- Apabila seorang wanita tamat haidnya sebelum terbit fajar (belum masuk waktu Subuh), maka dia boleh berpuasa dan puasanya adalah sah sekalipun dia belum sempat mandi wajib.
Ini
sebagaimana hukum orang berjunub yang berpuasa padahal dia tidak mandi wajib
kecuali selepas terbit fajar (masuk waktu Subuh). Puasanya tetap sah berdasarkan
hadis ‘A’isyah radhiallahu 'anha:
“Pernah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bangun pagi dalam keadaan junub bukan
kerana bermimpi. Kemudian baginda berpuasa.”
[Shahih
al-Bukhari – no: 1932 (Kitab al-Siyam)]
Keempat:
Tawaf di Ka’bah.
Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk tawaf, sama ada tawaf sunat
mahupun tawaf fardhu. Jika dia tetap tawaf maka tidak sah tawafnya. Ketika
mengikuti rombongan haji bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
‘A’isyah radhiallahu 'anha didatangi haid, lalu beliau bertanya hukumnya.
Rasulullah menjawab:
“Lakukan apa yang telah dilakukan oleh orang haji kecuali jangan bertawaf di
Ka’abah sehingga kamu bersuci.”
[Shahih
Muslim – no: 1211]
Akan
tetapi diharuskan melaksanakan lain-lain amalan daripada haji dan umrah seperti
sa’e antara Safa dan Marwah, wuquf, bermalam di Mudzalifah dan Mina, melontar
jamrah dan sebagainya.
Apabila
seorang wanita telah menyempurnakan ibadah haji dan umrah lalu dia didatangi
haid yang berterusan sehingga saat hendak balik ke negerinya, dia boleh balik
tanpa melakukan tawaf wida’ (tawaf selamat tinggal). Ini berdasarkan hadis Ibn
‘Abbas radhiallahu 'anh:
“Orang ramai disuruh untuk mengakhiri pertemuan mereka di al-Bait (Ka’bah
dengan tawaf), kecuali (suruhan ini) diringankan daripada wanita yang sedang
haid.”
[Shahih
Muslim – no: 1328 (Kitab al-Haj)]
Adapun
amalan datang ke pintu Masjid al-Haram dan berdoa bagi wanita haid yang hendak
balik ke negerinya, maka ia tidak berasal daripada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Perlu diingatkan bahawa setiap ibadat hendaklah berasal
daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Bahkan
amalan di atas bertentangan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah, di mana
apabila Safiyah radhiallahu 'anha didatangi haid sesudah tawaf ifahad,
baginda bersabda kepada beliau: “Maka hendaklah dia beransur pergi.”
[Shahih Muslim – no: 1211 (Kitab al-Haj)]
Baginda
tidak menyuruh Safiyah pergi ke pintu masjid padahal jika yang sedemikian adalah
amalan yang disyari‘atkan pasti baginda akan menjelaskannya.
Demikian hukumnya bagi tawaf wida’ dan wanita yang didatangi haid. Adapun tawaf
wajib bagi ibadah haji dan umrah, ia tidak gugur daripada wanita yang didatangi
haid. Dia tetap wajib melaksanakannya apabila sudah suci.
Kelima:
Duduk Dalam Masjid.
Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berada atau duduk dalam masjid,
termasuk padang yang digunakan untuk solat Hari Raya. Ini berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
“Suruhlah keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah
(kepada solat dua hari raya) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan
orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat
Hari Raya).”
[Shahih
al-Bukhari – no: 1652 (Kitab al-Haj)]
Keenam:
Bersetubuh.
Diharamkan bagi seorang suami untuk menyetubuhi isterinya yang sedang haid.
Demikian juga, diharamkan bagi seorang isteri yang sedang haid untuk membiarkan
suaminya menyetubuhinya. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Dan
mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah:
“Darah haid itu satu benda yang mendatangkan mudarat.” Oleh sebab itu hendaklah
kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam
masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh)
sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang
diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang
yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
[al-Baqarah 2:222]
Yang
dimaksudkan dengan al-Mahidh (المحيض)
ialah masa haid dan tempatnya ialah di faraj. Larangan ini juga berdasarkan
sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
“Lakukanlah
apa sahaja (dengan isterimu yang sedang haid) kecuali nikah (bersetubuh).”
[Shahih
Muslim – no: 302 Kitab al-Haid)].
Lebih
dari itu umat Islam telah bersepakat bahawa haram hukumnya bersetubuh dengan
isteri yang sedang haid.
Oleh
itu tidak halal bagi seorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk
melakukan kemungkaran bersetubuh ketika haid. Larangan ini telah ditunjukkan
oleh al-Qur’an, al-Sunnah dan ijma’ (kesepakatan) umat Islam.
Justeru
jika seseorang itu tetap melakukan kemungkaran bersetubuh ketika haid, maka
termasuklah dia di kalangan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta
mengikuti jalan yang selain daripada jalan orang-orang Islam. Imam al-Nawawi
rahimahullah dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 2, ms.
374 menukil kata-kata Imam al-Syafi’e rahimahullah:
Sesiapa yang melakukannya maka sesungguhnya dia melakukan dosa besar, demikian
berkata para sahabat kami (para tokoh Mazhab al-Syafi’e), manakala yang
selainnya (para tokoh mazhab lain) berkata: Sesiapa yang menghalalkan setubuh
dengan wanita haid dihukumkan kafir.
Selain
itu, dihalalkan bagi suami untuk memuaskan nafsunya dengan berciuman,
berpelukan, bersentuhan dan lain-lain, asalkan bukan faraj. Malah lebih utama
jika tidak bersentuhan kulit pada kawasan yang terletak antara pusat dan lutut
kecuali dengan berlapik. ‘A’isyah radhiallahu 'anha berkata:
“(Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) menyuruhku supaya memakai kain kemudian
baginda menyentuhiku sedangkan aku sedang haid.”
[Shahih
al-Bukhari – no: 301 (Kitab al-Haid)]
Ketujuh:
Talak (Cerai)
Diharamkan ke atas suami untuk menceraikan isterinya yang sedang haid. Dalilnya
adalah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan
isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan
iddahnya.
[al-Talaq 65:01]
Seorang
isteri diketahui memulakan iddahnya dengan kehamilan atau datang haid sesudah
berlalu waktu suci. Seorang suami menyetubuhi isterinya ketika suci lalu
kemudian menceraikannya, iddah isteri diketahui dengan kehamilan. Jika tidak
hamil, maka iddah isteri diketahui dengan datang haid. Seorang suami tidak boleh
menceraikan isterinya yang sedang haid kerana masa haid tidak dikira sebagai
permulaan iddah.
Maka
menceraikan wanita yang sedang haid adalah haram berdasarkan ayat di atas. Lebih
dari itu tercatit di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim
serta kitab-kitab hadis yang lain, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma
pernah menceraikan isterinya yang sedang haid. ‘Umar radhiallahu 'anh
memberitahu hal ini kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Wajah
Rasulullah berubah kerana marah dan baginda menyuruh Ibn ‘Umar merujuk kembali
isterinya, kemudian memegangnya sehingga dia suci, kemudian haid, kemudian
suci. Kemudian jika dia mahu, boleh memegangnya (memperisterikannya seperti
biasa) dan jika dia mahu, boleh menceraikannya sebelum menyetubuhinya. Maka
demikianlah iddah yang Allah telah perintahkan bahawa diceraikan wanita padanya.[4]
Justeru
jika seorang suami menceraikan isterinya yang sedang haid, dia berdosa. Dia
wajib bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kemudian hendaklah dia
mengambil isterinya kembali di bawah jagaannya untuk diceraikan dengan
penceraian yang menepati syari‘at Allah dan Rasul-Nya.
Iaitu,
hendaklah dia tidak menyetubuhi isterinya sehinggalah dia (isteri) menjadi suci
dari haid. Kemudian barulah dijatuhkan talak (diceraikan), ditunggu hingga
datang haid sekali lagi, kemudian suci semula. Maka setelah itu jika dia (suami)
ingin kembali bersama isterinya maka dia boleh rujuk semula. Jika dia (suami)
tidak ingin maka boleh dilepaskan, dengan syarat tidak disetubuhi isterinya
dalam jangka masa tersebut.
Hukum
haram menceraikan isteri yang sedang haid memiliki 3 pengecualian:
Pertama:
Tidak
mengapa (tidak haram) menceraikan isteri yang sedang haid jika sejak bernikah
pasangan suami isteri tersebut belum pernah bersamaan atau bersetubuh. Ini
kerana tidak ada iddah bagi isteri dalam kes seperti ini sehingga penceraian
yang dijatuhkan ke atasnya tidak menyalahi firman Allah di atas.
Kedua:
Tidak
mengapa (tidak haram) menceraikan isteri yang didatangi haid ketika sedang
hamil. Hal ini telah diterangkan sebelum ini dalam Bab kedua, dalam
perbincangan
Haid Wanita Hamil.
Ketiga:
Tidak
mengapa (tidak haram) jika berlaku penceraian secara tebus talak (khulu’).
Iaitu seorang suami yang menceraikan isterinya yang sedang haid dengan mengambil
bayaran.
Dalilnya adalah sebuah hadis daripada Ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anh yang
menceritakan tentang isteri Thabit bin Qays radhiallahu ‘anha yang datang
menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mencelanya (suaminya: Thabit bin Qays)
kerana akhlak dan agamanya tetapi aku membenci kekufuran dalam Islam.”
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: “Adakah kamu mengembalikan
kebunnya?” Isteri Thabit menjawab: “Ya.” Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda (kepada Thabit): Terimalah kebunmu dan ceraikanlah dia dengan
satu talak.”
[Shahih
al-Bukhari – no: 5273 (Kitab al-Thalaq) ]
Dalam
hadis di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak bertanya
sama ada isteri Thabit bin Qays sedang haid atau tidak. Akan tetapi memandangkan
talak ini adalah tebusan seorang isteri untuk dirinya sendiri, maka ia
diharuskan dalam semua keadaan tanpa mengira sama ada sedang haid atau tidak.
Imam
Ibn Qudamah rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni menerangkan
sebab diharuskan tebus talak (khulu’) bagi seorang isteri yang sedang
haid:
Larangan untuk menceraikan isteri yang sedang haid ialah bagi mengelakkan
mudarat tempoh iddah yang panjang. Akan tetapi diharuskan tebus talak kerana kes
tebus talak membabitkan seorang isteri yang menghadapi kehidupan bersama suami
yang dia benci. Ini adalah satu mudarat yang besar ke atas isteri berbanding
mudarat tempoh iddah yang panjang. Antara dua mudarat, perlu ditolak mudarat
yang lebih besar. Atas dasar ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
tidak bertanya kepada isteri yang hendak menebus talak dirinya (sama ada dia
sedang haid atau tidak).
Demikianlah 3 pengecualian yang membolehkan penceraian ketika seorang isteri
sedang haid.
Selain
itu sebagai poin tambahan, diharuskan melangsungkan akad nikah dengan seorang
wanita yang sedang haid. Tidak ada dalil yang menegah hal ini. Akan tetapi lebih
utama jika diperhatikan kedudukan bakal suami tersebut sama ada dia boleh
mengawal dirinya daripada terus menyetubuhi isteri barunya itu yang sedang haid.
Jika dia dapat mengawal dirinya maka tidak mengapa untuk meneruskan akad nikah.
Akan tetapi jika tidak, maka lebih utama untuk ditangguhkan sehingga bakal
isteri menjadi suci supaya tidak terjadi persetubuhan yang dilarang.
Kelapan:
Dikira Bilangan Talak Dengan Haid.
Apabila
seorang suami menceraikan isterinya selepas menyetubuhinya, maka wajib ke atas
isteri tersebut menghitung iddahnya dengan kedatangan tiga kali haid yang
sempurna. Syarat ini adalah bagi isteri yang masih didatangi putaran haid dan
tidak hamil. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri
mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali haid.
[al-Baqarah 2:228]
Syarat
menghitung iddah sepertimana di atas memiliki beberapa pengkhususan bagi kes
yang berbeza-beza:
Pertama:
Jika
isteri yang diceraikan sedang hamil, hitungan iddahnya adalah dengan kelahiran
anak tanpa mengira sama ada tempoh hamilnya adalah panjang atau pendek. Firman
Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka
melahirkan anak yang dikandungnya.
[al-Thalaq 65:04]
Kedua:
Jika
isteri yang diceraikan tidak memiliki putaran haid, seperti kanak-kanak yang
belum haid, orang tua yang putus haid, wanita yang dibuang rahimnya kerana sebab
perubatan dan sebagainya, maka hitungan iddahnya ialah tiga bulan. Allah
Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid,
jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka iddahnya ialah tiga
bulan; dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
[al-Thalaq 65:04]
Ketiga:
Jika
isteri yang diceraikan memiliki putaran haid tetapi ia terhenti kerana faktor
yang diketahui seperti sakit atau sedang menyusu, maka dia wajib menunggu
sehingga haidnya datang kembali dan menghitungnya dengan 3 putaran haid yang
sempurna. Seluruh proses menunggu dan 3 putaran haid tersebut adalah tempoh
iddah baginya, sekalipun ia mengambil masa yang agak lama.
Bagi
kes di atas, jika isteri yang terhenti haidnya kembali sembuh atau selesai
menyusu namun haidnya tetap tidak datang kembali, maka iddahnya adalah selama 12
bulan (setahun) bermula dari saat kesembuhannya atau akhir menyusu. Inilah
pendapat yang benar lagi selari dengan kaedah-kaedah syarak kerana kes ini
dikategorikan sebagai wanita yang tidak didatangi haid dengan sebab yang tidak
diketahui. Tempoh iddah 12 bulan merangkumi 9 bulan masa mengandung sebagai
langkah berhati-hati kerana ia adalah tempoh hamil yang lazim dan 3 bulan
sebagai bilangan iddah.
Keempat:
Jika
isteri yang diceraikan belum bersama-samaan dan bersetubuh dengan suami, maka
baginya tidak ada hitungan iddah. Dalilnya ialah firman Allah Subhanahu wa
Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan
perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu
menyentuhnya (bersetubuh), maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai
sebarang iddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah"
(pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang
sebaik-baiknya.
[al-Ahzab 33:49]
Kesembilan:
Menghukum Kekosongan Rahim.
Kekosongan rahim bermaksud tidak hamil. Sebagai contoh, seorang isteri yang
kematian suami berkahwin dengan suami yang baru. Suami yang baru tidak boleh
menyetubuhinya sehingga dia didatangi haid atau jelas hamil. Jika isteri
tersebut hamil maka dihukumkan bahawa kandungannya itu adalah daripada zuriat
suaminya yang meninggal dunia. Sebaliknya jika isteri didatangi haid maka
dihukumkan bahawa dia tidak mengandung apa-apa daripada suaminya yang meninggal
dunia. Maka kedatangan haid menandakan kekosongan rahim.
Kesepuluh:
Wajib Mandi.
Apabila
haid berhenti, wajib mandi dengan mengenakan air ke seluruh anggota badan
berdasarkan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada
Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha:
“Apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat, dan apabila hilang
haid maka hendaklah kamu mandi dan solat.”
[Shahih
al-Bukhari – no: 320 (Kitab al-Haid)]
Syarat
paling minimum bagi mandi wajib adalah dikenakan air pada seluruh anggota badan
termasuklah ke bawah rambut. Cara yang afdhal ialah sebagaimana tunjuk ajar
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Asma’ binti Syakl
radhiallahu ‘anha:
“(Orang yang akan mandi), ambillah air dan daun bidara. Kemudian dia berwudhu’
dan memperelokkan wudhu’nya. Kemudian dia menjirus air ke atas kepalanya lalu
dia menggosok kepalanya dengan bersungguh-sungguh sehingga air sampai ke kulit
kepala. Kemudian dia menjirus air ke atas badannya. Kemudian dia mengambil
cebisan kain yang diletak wangian lalu dia bersuci dengannya.”
Asma’ bertanya: “Bagaimana saya bersuci dengannya (cebian kain tersebut)?”
Rasulullah menjawab: “Subhanallah! Bersucilah dengan ia”
Lalu berkata ‘A’isyah kepada Asma’: “Kamu menyapu kesan-kesan darah (dengan
cebisan kain tersebut).”
[Shahih
Muslim – no: 332 (Kitab al-Haid)]
Tidak
wajib membuka ikatan rambut kecuali jika ia terikat dengan kuat kerana
dibimbangi air tidak akan sampai ke kulit kepala. Umm Salamah radhiallahu
‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang wanita yang mempunyai rambut yang
banyak (lebat), adakah perlu saya merungkaikannya untuk mandi junub”. (Dalam
riwayat yang lain): “……untuk mandi haid dan junub.”
Jawab Rasulullah:
“Tidak,
memadai kamu menyiram atas kepala kamu dengan tiga kali siraman, kemudian kamu
menyiram atas badan kamu dengan air. Maka sucilah kamu.”
[Shahih
Muslim – no: 330 (Kitab al-Haid)]
Jika
haid berhenti sesudah masuk waktu solat maka wajib segera mandi supaya dapat
dilaksanakan solat dalam waktunya. Jika menghadapi kesukaran untuk mandi seperti
musafir, tidak ada air, mudarat menggunakan air[5]
atau sakit, maka boleh bertayamum sebagai ganti kepada mandi. Apabila faktor
kesukaran hilang, maka wajib mandi.[6]
Adakalanya apabila haid berhenti di akhir waktu solat, tidak boleh sengaja
menangguhkan mandi sehingga ke waktu solat yang seterusnya. Dia tetap wajib
mandi, sekalipun hanya secara ringkas supaya tetap dapat melaksanakan solat pada
waktunya. Selepas itu bolehlah mandi dengan sempurna.[7]
[1]
Lihat Shahih al-Bukhari – no: 324 (Kitab al-Haid)
(penyunting)
[2]
Maksudnya wujud perselisihan pendapat dalam hal ini, lalu
dikemukakan yang dianggap paling tepat lagi benar. (penyunting)
[3]
Maka apabila seorang wanita merasakan sudah tiba masa haidnya,
sama ada kerana ukuran kebiasaan di kalendar atau sebagainya, dia tetap
dikira suci sehinggalah darah haid mengalir keluar. (penyunting)
[4]
Lihat Shahih al-Bukhari – no: 4908 (Kitab al-Tafsir).
(penyunting)
[5]
Seperti di musim dingin di mana menggunakan air yang sejuk untuk
mandi boleh mendatangkan mudarat. Akan tetapi di masa kini kebanyakan bilik
mandi sudah dilengkapi dengan sistem air yang panas. (penyunting)
[6]
Dalam suasana kesukaran sepertimana yang disebut di atas, solat
yang dilaksanakan oleh seorang wanita tetap sah sekalipun dengan hanya
bertayamum untuk suci daripada haid. Apabila faktor kesukaran hilang dan dia
dapat mandi wajib seperti biasa, tidak perlu diulangi solat-solat tersebut.
(penyunting)
[7]
Jika diperhatikan tunjuk ajar Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam tentang tatacara mandi wajib, ia adalah mudah lagi ringkas.
Rujuk semula hadis Asma’ binti Syakl dan Umm Salamah di atas. Akan tetapi
sebahagian muslimah masa kini telah menyulitkan mandi dengan pelbagai gunaan
sabun, shower gel, rendaman herba, shampoo buah-buahan, skrub muka dan
lain-lain lagi. Mandi sebegini sudah menjadi kelaziman sehingga dianggap
“tidak sah” tanpanya. Yang benar mandi wajib yang dituntut oleh syari‘at
Islam adalah mudah lagi ringkas sehingga boleh disempurnakan dalam masa yang
singkat sahaja. (penyunting)
Subscribe to:
Posts (Atom)