Thursday, May 23, 2013

photo saje.. takde catatan
















Saturday, May 11, 2013

5 Tip Bentuk Diri Jadi Ibu Cemerlang

Bersempena Hari Ibu, saya mengambil kesempatan ini meng-share tips dari Majalah Keluarga untuk ibu-ibu di luar sana,,,, Selamat Hari Ibu, Semoga kita jadi Ibu yang cemerlang.

<Artikel diambil dari Majalah Keluarga>

Tugas menjadi ibu dewasa ini dilihat sungguh mencabar apatah lagi harus menempuh persekitaran dan cabaran dalam era sains dan teknologi yang semakin canggih. Masa semakin berubah dan bergerak pantas dan ibu pastinya antara insan yang tidak menang tangan harus menguruskan hal-hal rumahtangga, anak-anak maalh untuk dirinya juga.

Ibu yang cemerlang pastinya melahirkan generasi yang cemerlang juga keran ibubapa merupakan tunggak dan tunjang utama kepada anak-anak. Jika dia gagal menjadi cemerlang maka secara tidak langsung turut mempengaruhi kecemerlangan anak.

Namun hakikatnya, bukan mudah untuk menjadi ibu yang cemerlang walaupun para ibu pastinya mendambakannya. Berikut antara tip yang boleh dikongsi bersama untuk menjadi ibu cemerlang dan berkualiti:

1. Sentiasa bersikap rasional dan jangan berprasangka buruk terhadap anak-anak. Apabila anak-anak menghadapi masalah, cubalah dekati mereka dengan tenang dan sabar. Jangan membuta tuli menilai mereka dan membuat keputusan terburu-terburu.





2. Kasih sayang penguat hubungan ibu dan anak. Pastikan anda tidak mengabaikan dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Walaupun mereka sedang menginjak usia, jangan disangka mereka mampu berdikari dan tidak memerlukan perhatian anda lagi.







3. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Maka, janganlah  kita membeza-bezakan mereka kerana kelebihan dan kekurangan yang ada kerana oastinya ada yang akan rasa terpinggir. Bersikap adillah pada anak-anak kerana mereka semua datang dari perut ibu yang sama.


4. Jangan sesekali mengherdik, menghina atau mengeluarkan kata-kata yang kesat pada anak-anak. Jika mereka melakukan kesilapan sekalipun, tegurlah mereka dengan baik dan pohonkan doa supaya mereka menjadi anak yang soleh.

5. Jika putera puteri anda memberikan hadiah walaupun sekadar kad ucapan yang dibuat sendiri, hargailah ia sebaiknya. Jangan ego untuk mengucapkan kata 'terima kasih' pada anak-anak. Hargailah keikhlasan dan kesungguhan mereka.

6. Paling utama, jangan pernah berhenti berdoa untuk diri dan juga keluarga. Mintalah keredhaan dari Allah s.w.t. agar anda sekeluarga bahagia di dunia mahupun akhirat.

Thursday, May 9, 2013

1001 Khasiat Sup Ayam

Sup ayam merupakan hidangan popular yang sering menjadi pilihan ibu di luar sana untuk si manja. Selain daripada mudah disediakan ia juga merupakan salah satu hidangan yang sungguh enak yang bukan sahaja menjadi kesukaan kanak-kanak malah turut menjadi pilihan orang dewasa.


====================================================

RESEPI SUP AYAM

Bahan2:

1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong bentuk bunga)
5 biji tomato (dibelah 4)
5 biji ubi kentang (dibelah 4)
Rempah tumis (cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
1/2 camca besar lada hitam
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
garam secukup rasa
bawang goreng
daun saderi

Cara2 menyediakan:
1. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, halia, garam sampai lumat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian masukkan remah tumis dan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
3. Apabila naik bau, masukkan ayam serta kentang dan air. Biarkan seketika.
4. Setelah air mendidih dan kentang menjadi empuk, masukkan pula lobak merah dan tomato.
5, Biarkann sehingga masak kemudian angkat ndan hidangkan.

=============================================================

Tahukah anda, sup ayam sebenarnya mengandungi 1001 khasiat yang tersembunyi. Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Stephen Rennard dari University Nebraska, campuran kandungan sup ayam mempunyai nutrien dan vitamin yang mampu memperlahankan aktiviti sel darah putih. Selain itu, sup ayam uga mudah dihadam oleh perut si kecil di samping turut menjadi pilihan untuk menyejukkan badan.

Untuk itu mari kita lihat khasiat yang terkandung di dalam sup ayam yang kita sering sediakan untuk si kecil:
1. SUP - Apa sahaja jenis sup memang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak. Pun begitu seelok-eloknya berilah mereka sup yang berkhasiat seperti sup ayam, sup sayur dan sup ikan. Namun sebelum menyediakannya pastikan ia terdiri daripada ramuan berkhasiat.

2. AYAM - Isi ayam merupakan sumber protein yang tinggi. Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan kulit, rambut, kuku, tulang ligamen dan otot si manja. Ia juga memainkan peranan penting dalam pengeluaran enzim dan menjaga keseimbangan strict acid-base. Selain itu, sumber protein yang baik termasuklah susu rendah lemak, ikan, daging merah tanpa lemak, telur putih, kacang, produk soya dan lain-lain.

3. KENTANG - Ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral dan fitokimia. Selain daripada rendah kalori, pada masa yangs sama ia turut mempunyai indeks kekenyangan  yang tinggi. Strukturnya yang lembut dapat memudahkan si kecil mengunyah buah ini. Selain daripada baik untuk kesihatan, kentang mampu menjadikan sup tersebut menjadi lebih enak.

4. TOMATO - Untuk mendapat tomato yang paling berkhasiat pilihlah tomato yang paling merah ranum. Tomato kaya dengan vitamin A yang bermanfaat untuk mata si kecil anda. Selain dari itu,, tomato uga baik untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu yang tentunya baik untuk kesihatan bayi.

5. LOBAK - Di dalam lobak terkandung banyak beta-karotena, vitamin B.D, E K, Kalium, Kalsium, Magenesium, Glukosa, Zat Besi, Zink dan sebagainya. Semua ini menjadikan ia amat berguna untuk kanak-kanak dan mampu mencegah imuniti yang lemah serta kulit bermasalah. Selain itu, lobak mampu meningkatkan selera makan si kecil dan memperbaiki sistem penghadaman mereka.

6. BATANG SADERI - Saderi dan daun suo merupakan jenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B kompleks, C dan magnesium. 100g saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori manakala vitamin C yang terandung dalam saderi menguatkan sistem imunologi dan pada masa yang sama menjadikan badan tahan lebih tahan terhadapa penyakit baru.

Monday, May 6, 2013

Sedih.... Hari kesedihan

Sudah pukul 2.23 ptg.... hatiku masih sakit, masih rasa kecewa.... Rasa sangat-sangat sedih. Aku tau tak aku tak dapat mengubah DUNIA atau KERAJAAN, tapi aku rasa sangat sedih kerana orang-orang zalim masih berkuasa. Apakah negaraku ini akan menjadi macam kerajaan Hosni Mubarak? Adakah kena tunggu  rakyat merusuh  baru kita dapat merasa DEMOKRASI yang sebenar???
























Apabila terfikirkan anak, apakah negara sebegini yang aku dambakan???? Budaya menyuap, menipu, menfitnah???? Ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku....