Monday, September 30, 2013

Selepas Cuti Seminggu

Seminggu aku bercuti untuk balik kampung. Penat tapi seronok. Cuma ralatnye suami tak ikut sekali. Seminggu berkepit dengan Iman anakku. Mana tak seronok. Ibu yang bekerja, sekali sekala luangkan masa dengan anak sahaja. Terasa keakrabannya. Sukanya.

Aku berimpian akan bercuti sekali lagi, dengan suamiku dan anakku. Sasaran aku, aku akan berusaha bersungguh-sungguh menjual produk Shaklee dengan sekuat yang terdaya kudratku. (Push to the limit).
Ya Allah, jadikan hatiku, mindaku tetap dalam sasaranku. Agar aku dapat mencari rezeki lebih untukku dan keluargaku. Ya Allah jadikanlah aku tetap dalam pendirianku. Ya Allah jadikanlah aku orang yang berjaya dalam perniagaan, dan bersyukur kepadaMu atas setiap rahmat dan nikmat kecil atau besar yang Engkau kurniakan kepadaku. Sesungguhnya Rabbku Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Kaya.

Wednesday, September 11, 2013

Sebuah doa

(diambil dari majalah MIDI)

Ya Allah Ya Fattah (Maha Membuka) Ya Salam, leraikanlah belenggu hati yang menyebabkan kami merasa sempit dada dalam mematuhi segala peraturan yang Engkau anugerahkan demi kesejahteraan hidup kami di dunia hingga akhirat.

Ya Allah Ya Fattah Ya Jabbar( Maha Memaksa), bukakanlah hati kami seluasnya untuk berbahagia dengan 'paksaan-Mu' dalam mematuhi pertaturan yang Engkau anugerahkan demi kesejahteraan hidup kami di dunia hingga akhirat.

Dalam 'paksaan-Mu' Ya Jabbar beriring kesejahteraan nama-Mu Ya Salam (Maha Penyelamat) dan kesantunan nama-Mu Ya Halim (Maha Penyantun). Nyata dalam minda dan rasa bahawa Perpustakaan ini 'meriah' dengan Keagungan Kebesaran dan Rahmat-Mu Ya Allah.

-TAMAT-