Thursday, January 26, 2012

Pengurusan Masa selepas Bersalin

Tinggal 2 bulan lagi sehingga tarikh due saya. Sekarang, otak tengah ligat memikirkan selepas bersalin nanti bagaimana saya menguruskan hidup saya dengan anak, dengan suami dan keluarga. Kena sediakan jadual waktu ni... Heheheh.. Ye la supaya nanti tak kelam kabut menguruskan anak dan juga kerja. Jadi kena buat draf laa nanti.

Friday, January 20, 2012

Waktu yang ter-rampas

Sejak hari pertama saya menulis blog ini, saya berniat untuk terus menulis tentang keadaan kehamilan saya sepanjang tempoh ini. Namun, masa kehamilan inilah saya lebih banyak tidur daripada membuka blog, fb ataupun lain-lain aplikasi internet. Ya Allah, penat yang terasa ni, kalo boleh saya nak amik cuti tanpa gaji dari saat ini sehingga saya  bersalin. Namun apakan daya saya, syarat pekerjaan yang celaru membuatkan saya berfikir sebelum memohon cuti. Rindunya menaip di PC. Suatu ketenangan yang jarang dirasai apabila meluahkan perasaan. :)