Friday, December 23, 2011

Sakit tulang rusuk kanan

Susahnye sekarang nak tidur. Asalkan baring, tulang rusuk kanan sakit, bahagian belah kanan sakit. Sabar saje laa. Malam-malam tidur tak lena kerana kalau beralih posisi memang menyucuk sakit di tulang rusuk. Ya Allah, sabarkanlah saya. Sekarang di ofis dah tak tidur dah, walaupun tak cukup tidur macam mana sekalipun, mata takkan lelap. Kebiasaan saya memang macam tu, kalau saya tak cukup tidur, saya sush nak tidur di mana-mana sekali pun.

Kemudian, saya risau, berat badan saya tak naik. Apakah itu sesuatu yang perlu dirisaukan?? Semenjak selalu sakit tulang rusuk, selera makan makan saya merosot. Namun saya makan 3 kali sehari dalam kuantiti yang biasa saya makan. Cuma saya risau berat badan saya tak "mengikut jadual". Apa yang perlu saya lakukan?? Saya telah membeli sebiji termos (dari Cosway), dan saya isikan dengan susu prenatal, dan minum sedikit demi sedikit. Kerana saya susah hendak menghabiskannya sekaligus. Saya risau baby dalam kandungan tidak mendapat khasiat yang cukup. Ya Allah, bantulah saya.

Thursday, December 22, 2011

stressful and frustrated

Sesuatu yang mengecewakan jikalau saya tak dapat menyuarakan sesuatu kepada orang yang disasarkan (iaitu Suami saya). Terasa berat nak cakap, tapi kena cakap. Tension laa kalau saya nak cakap sesuatu tetapi dia tengah tengok tv, atau main ipad. Entahlah bila laa keadaan ini akan berubah.

Wednesday, December 21, 2011

Sakit2 badan

Hmmm minggu lepas, saya cakap saya pening-pening, sekarang lagi hebat, malam-malam selalu terkejut dari tidur, lepas tu bahu kiri sakit, tak lama patu bahu kanan sakit, nafas jadi pendek, pening kepala selalu. Semalam pulak, sejuk sangat sampai kaki kejang. Haduuu.... sabar, sabar... kena sabar. Rileks la mama, semua kejap saja, tak lama lagi hilang laa semua kesakitan dan ketidakselesaan itu. Kena rilekskan minda. Selalu doakan yang terbaik untuk baby.  Baby, tak sabar nak jumpa.

Thursday, December 15, 2011

Tak Sihat...

Entah kenapa hari ini, saya rasa penat sangat, rasa malas sangat. Kepala pening. Pagi sebelum datang kerja, tak rasa apa-apapun. Entah lah. Rasa macam teh yang dibancuh tadi ada problem. Rasa loya je lepas minum. Lain kali beli teh sendiri laa letak kat laci. Pening... Risau juga. Tak tau apa yang buatkan saya pening. 2 hari lepas check klinik tekanan darah tak ada masalah. Jadi tak mungkin laa tekanan darah. Semalam tidur ok, bangun mungkin 2, 3 kali je. Tidur pun takde masalah. 

Wednesday, December 7, 2011

Hari ni hari penat......

Hadoi... terasa penat sangat arini. Pegawai di ofis tak cukup, banyak keja kena buat. (Komplen). Entah laa, adakah badan memang penat, ataupun penat dengan keadaan sekeliling.

Saya Perlukan tenaga.  Makan dah, minum dah. Tapi badan ni terasa lenguh-lenguh. Belakang rasa tak tahan untuk berdiri.

Apakah di luar sana ada resipi untuk menghilangkan kepenatan??

Terjumpa artikel ini semasa mencari imej untuk blog...
Tips avoid Getting tired at work

 menarik... harus dicuba....








Tuesday, December 6, 2011

website yang saya lawati...

Ini salah satu website english yang saya baru lawati, mempunyai fakta yang menarik untuk ibu-ibu.

http://www.whattoexpect.com/


Kehidupan di pejabat..

Sepanjang kehamilan, kerja-kerja di pejabat terasa sangat berat dan memenatkan. Berjalan pun memenatkan sangat-sangat.

Teringin sangat bercuti panjang dan berehat di kampung. "Andainyalah aku orang kaya... Tak perlulah aku bekerja. Aku balik kampung berehat menjaga kandungan ini." Itu lah impian saya.  Apakah akan menjadi kenyataan?

Stress oh stress... bila laa saya akan kurang stress? Badan penat, lesu.
 Tolong......

Demi kandungan aku terpaksa kawal perasaan, kawal pergerakan, kawal makanan, semua itu saya sanggup, cuma saya tak sanggup datang kerja.










Sunday, December 4, 2011

Salam Permulaan

Salam Permulaan untuk blog baru saya. Saya telah mempunyai beberapa blog, namun sekarang tidak dikemaskini entry kerana belum ada inspirasi.

Saya tergerak hati untuk memulakan Blog Dairi Mama Rugged kerana kebelakangan ini, kehidupan harian saya berputar sekitar kandungan saya yang berusia 6 bulan ini. Setiap hari memikirkan perkembangan kandungan ini dan juga memikirkan masa depan saya dengan anak yang bakal lahir ini. Maka tergerak hati saya untuk menyimpan Diari untuk peringatan diri saya dan berkongsi cerita dengan dunia ini.

Di blog ini, andai saya terdaya saya akan berkongsikan artikel keibubapaan yang telah saya baca, atau pengalaman yang saya lalui. Kerana bagi diri saya itu ada satu terapi bagi diri saya untuk menghilangkan stress ataupun untuk menyimpan ingatan ke dalam diri saya. Setakat ini untuk perkenalan kita.