Sunday, December 4, 2011

Salam Permulaan

Salam Permulaan untuk blog baru saya. Saya telah mempunyai beberapa blog, namun sekarang tidak dikemaskini entry kerana belum ada inspirasi.

Saya tergerak hati untuk memulakan Blog Dairi Mama Rugged kerana kebelakangan ini, kehidupan harian saya berputar sekitar kandungan saya yang berusia 6 bulan ini. Setiap hari memikirkan perkembangan kandungan ini dan juga memikirkan masa depan saya dengan anak yang bakal lahir ini. Maka tergerak hati saya untuk menyimpan Diari untuk peringatan diri saya dan berkongsi cerita dengan dunia ini.

Di blog ini, andai saya terdaya saya akan berkongsikan artikel keibubapaan yang telah saya baca, atau pengalaman yang saya lalui. Kerana bagi diri saya itu ada satu terapi bagi diri saya untuk menghilangkan stress ataupun untuk menyimpan ingatan ke dalam diri saya. Setakat ini untuk perkenalan kita.



No comments:

Post a Comment