Susahnye sekarang nak tidur. Asalkan baring, tulang rusuk kanan sakit,
bahagian belah kanan sakit. Sabar saje laa. Malam-malam tidur tak lena
kerana kalau beralih posisi memang menyucuk sakit di tulang rusuk. Ya
Allah, sabarkanlah saya. Sekarang di ofis dah tak tidur dah, walaupun
tak cukup tidur macam mana sekalipun, mata takkan lelap. Kebiasaan saya
memang macam tu, kalau saya tak cukup tidur, saya sush nak tidur di
mana-mana sekali pun.
Kemudian, saya risau, berat badan saya tak naik. Apakah itu sesuatu yang perlu dirisaukan?? Semenjak selalu sakit tulang rusuk, selera makan makan saya merosot. Namun saya makan 3 kali sehari dalam kuantiti yang biasa saya makan. Cuma saya risau berat badan saya tak "mengikut jadual". Apa yang perlu saya lakukan?? Saya telah membeli sebiji termos (dari Cosway), dan saya isikan dengan susu prenatal, dan minum sedikit demi sedikit. Kerana saya susah hendak menghabiskannya sekaligus. Saya risau baby dalam kandungan tidak mendapat khasiat yang cukup. Ya Allah, bantulah saya.
No comments:
Post a Comment