Saturday, May 11, 2013

5 Tip Bentuk Diri Jadi Ibu Cemerlang

Bersempena Hari Ibu, saya mengambil kesempatan ini meng-share tips dari Majalah Keluarga untuk ibu-ibu di luar sana,,,, Selamat Hari Ibu, Semoga kita jadi Ibu yang cemerlang.

<Artikel diambil dari Majalah Keluarga>

Tugas menjadi ibu dewasa ini dilihat sungguh mencabar apatah lagi harus menempuh persekitaran dan cabaran dalam era sains dan teknologi yang semakin canggih. Masa semakin berubah dan bergerak pantas dan ibu pastinya antara insan yang tidak menang tangan harus menguruskan hal-hal rumahtangga, anak-anak maalh untuk dirinya juga.

Ibu yang cemerlang pastinya melahirkan generasi yang cemerlang juga keran ibubapa merupakan tunggak dan tunjang utama kepada anak-anak. Jika dia gagal menjadi cemerlang maka secara tidak langsung turut mempengaruhi kecemerlangan anak.

Namun hakikatnya, bukan mudah untuk menjadi ibu yang cemerlang walaupun para ibu pastinya mendambakannya. Berikut antara tip yang boleh dikongsi bersama untuk menjadi ibu cemerlang dan berkualiti:

1. Sentiasa bersikap rasional dan jangan berprasangka buruk terhadap anak-anak. Apabila anak-anak menghadapi masalah, cubalah dekati mereka dengan tenang dan sabar. Jangan membuta tuli menilai mereka dan membuat keputusan terburu-terburu.





2. Kasih sayang penguat hubungan ibu dan anak. Pastikan anda tidak mengabaikan dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Walaupun mereka sedang menginjak usia, jangan disangka mereka mampu berdikari dan tidak memerlukan perhatian anda lagi.







3. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Maka, janganlah  kita membeza-bezakan mereka kerana kelebihan dan kekurangan yang ada kerana oastinya ada yang akan rasa terpinggir. Bersikap adillah pada anak-anak kerana mereka semua datang dari perut ibu yang sama.


4. Jangan sesekali mengherdik, menghina atau mengeluarkan kata-kata yang kesat pada anak-anak. Jika mereka melakukan kesilapan sekalipun, tegurlah mereka dengan baik dan pohonkan doa supaya mereka menjadi anak yang soleh.

5. Jika putera puteri anda memberikan hadiah walaupun sekadar kad ucapan yang dibuat sendiri, hargailah ia sebaiknya. Jangan ego untuk mengucapkan kata 'terima kasih' pada anak-anak. Hargailah keikhlasan dan kesungguhan mereka.

6. Paling utama, jangan pernah berhenti berdoa untuk diri dan juga keluarga. Mintalah keredhaan dari Allah s.w.t. agar anda sekeluarga bahagia di dunia mahupun akhirat.

No comments:

Post a Comment