Monday, March 18, 2013

5 Sebab Wanita Perlu Berkorban

[ Diambil dari artikel majalah Harmoni Nov 2011]

Wanita dan pengorbanan memang cukup sinonim. Boleh dikatakan tiada wanita yang tidak melakukan pengorbanan di dunia ini kerana setiap fasa kehidupan yang dilalui, menuntut pengorbanan kaum Hawa bagi membolehkan mereka menikmati kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Lebih menarik, pengarang Women & Sacrifice, Myrna Writewood menyatakan segala pengorbanan itu dilakukan wanita dengan setulus hati berpandukan logik akal, berteraskan realistik dan realiti kehidupan hanya kerana inginkan yang terbaik buat keluarganya.

Turut menyanjung pengorbanan yang dilakukan wanita, kajian Whitton, Stanley dan Markman oada tahun 2007 menyifatkannya sebagai perkara positif yang membawa kebaikan dalam kehidupan manusia terutama kaum wanita.

Sebenarnya selain tuntutan kehidupan, pengorbanan yang dilakukan wanita dipengaruhi pelbagai faktor. Antaranya:

1. HORMON
kajian University of Amsterdam, Netherlands, yang diketuai oleh pakar psikologi sosial, Carsten de Dreu itu mendapati hormon oksitoksin yang terdapat dalam tubuh individu mampu mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia. Berkait rapat dengan otak, oksitoksin merangsang perasaan sayang ibu terhadap anak-anaknya. Tidak hanya meningkatkan perasaan kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya, hormon tersebut juga menimbulkan sifat pelindung dalam diri wanita sehingga ibu sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak dan keluarganya. Malah dengan kehadiran oksitoksin, ikatan sosial yang cukup erat di antara ibu dan anak akan terbina secara semula jadi tanpa batasan.

2. NALURI
Naluri keibuan yang terbit dalam suri seorang wanita membuatkan mereka tidak betah untuk meninggalkan anak dan kaum keluarganya dalan jangka masa panjang. Justeru biarpun terpaksa mengorbanakn nyawa, wang dan tenaga seorang ibu akan sentiasa berada di sisi anak-anaknya dan takkan pernah mensia-siakan mereka. Biarpun segala pengorbanan itu tidak dibayar dengan harta benda mahupun wang ringgit, kejayaan yang dilakar anak-anak dalam kehidupan sudah memadai buat mereka.

3. TANGGUNGJAWAB
Tidak mudah melaksanakan peranan sebagai ibu. Segala-galanya perlu dilaksanakan dengan penuh kasih sayang, tanggungjawab dab keiikhlasan agar anak-anak terdidik dengan sempurna. Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab ini, tidak semua kaum wanita betah atau kuat untuk mengendalikan karier seiring rumah tangga. Apa lagi jika sang suami tidak mahu membantu melakukan kerja-kerja rumah. Justeru, pengorbanan perlu dilakukan wanita bagi memastikan rumah tangga berada  dalam keadaan baik dan sempurna demi kesejahteraan serta kebahagiaan keluarga.

4. TUNTUTAN AGAMA
Agama menjelaskan syurga seoran isteri terletak atas keredhaan suami terhadap diri mereka. Jika suami redha dan merestui perilaku mereka maka hidup para isteri akan diberkati Tuhan, jika sebaliknya mereka akan hidup bersalut dosa. Selain itu, seorang isteri juga tidak boleh bertindak sesuka hati. Sebarang perbuatan perlu mendapat keizinan suami sebelum ia dilaksanakan. Tuntutan agama ini menuntut isteri untuk mengorbankan kebebasan diri, masa, tenaga, pendidikan serta kerjaya mereka untuk berbakti kepada suami dan anak-anak.

5. KESELAMATAN
Kematian bayi dan kanak-kanak angkara kecuaian pengasuh serta pembantu rumah membuatkan kaum ibu berasa risau akan keselamatan anak-anak mereka tatkala keluar bekerja, Disebabkan itu, ramai kaum ibu nekad untuk mengorbankan kerjaya bagi mereka menguruskan anak-anak. Pengorbanan karier itu dibuat untuk memastikan keselamatan anak-anak lebih terjamin di bawah asuhan mereka.

.........................................................................................................................

Untuk wanita yang bercadang untuk berhenti kerja, marilah  mencari alternatif untuk menjana pendapatan dari rumah....

Klik sini:


 Jana Wang Di Rumah - Khas Untuk Wanita!

No comments:

Post a Comment